Permulaan liga super 2013 : kemorosotan prestasi membelenggu,apakah tonik terbaik untuk kita?
Situasi bolasepak terengganu pada awal musim 2013 yang tidak menentu menghadirkan rasa kurang senang dan kecewa dikalangan penyokong.Perlawanan demi perlawanan dilalui dan hasilnya tetap sama iaitu kurang menyerlah.Apakah perkara yang paling banyak meniti di bibir penyokong mengenai pasukan Terengganu?Berdasarkan pemerhatian di laman-laman sosial seperti di facebook,kebanyakannya kecewa dengan prestasi pemain import berprofile tinggi iaitu Jeane Emmanuel Effa Owana.Kehadirannya pada awalnya dijangka menggerunkan pertahanan lawan tetapi sangkaan ramai pihak meleset dari satu perlawanan ke satu perlawanan dimana Owana dilihat sebagai pemain yang merosakkan taktikal sepasukan dimana beliau kelihatan tamak ketika bola berada dikakinya dan lebih mementingkan permainan individu.Kini,tiada lagi gerakan sepasukan yang cantik yang pernah selalu dipraktikkan skuad Terengganu 2011 dimana gandingan Manaf,Ashaari dan Hadi menggerunkan lawan dengan corak serangan secara berangkai berbangding pasukan Terengganu kini yang lebih menjurus kepada permainan individiu yang terarah kepada Owana.
Perlunya serangan secara berangkai dipraktikan semula,ketepikan keinginan untuk beraksi secara inividu Owana !
Jika dilihat Owana dilihat mempunyai penyudah yang mantap di hadapan gol dan mempunyai rembatan-rembatan yang menggerunkan mana-mana penjaga gol tetapi kelebihan yang dimiliki oleh Owana ini akan lebih bermakna jika beliau lebih mengutamakan semangat berpasukan berbanding serangan secara individu.Permainan secara `total-football` ditambah dengan ketajaman Owana pasti menggerunkan pertahanan lawan.Owana walaupun ketika ini dikecam ramai pihak,beliau masih merupakan prospek bernilai kepada pasukan Terengganu jika beliau bermain secara berpasukan dengan ketajaman yang dimilikinya.Diharap jurulatih,E.Elavarasan lebih bijak menggunakan taktikal yang bersesuain degan kebolehan pemain-pemain terengganu dan menerapkan corak permainan hantaran pendek disamping mengurangkan permainan individu yang berlebihan terutamnya dari Jeane Emmanuel Effa Owona.Luahkan pendapat dan komen anda tentang bolasepak kita,bersama kita bincangkan.#Admin 87


No comments:
Post a Comment